Header Ads

Jiran 'Sakit Mental' Bunuh Dan Potong Anak Kucing




Ini betul-betul kejam! Tak sangka ada manusia yang bersifat seperti ini sanggup membunuh anak-anak kucing dengan kejam. 

Sejak semalam, viral di media sosial apabila seorang netizen Putra Amed memuat naik gambar anak kucing miliknya dibunuh dengan kejam! 

Menurut Putra Amed, dia amat terkejut apabila menemui separuh badan dan kaki anak kucing diletakkan di depan pintu rumahnya. Penemuan tersebut membuatkan dirinya amat bersedih kerana tidak menyangka ada orang yang tidak berhati perut sanggup melakukan tindakan kejam itu. 

Tambahnya lagi, dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa  ataupun pernah mencampuri urusan orang lain. Namun,segelintir penduduk di kawasan rumahnya memberitahu jirannya ada masalah. 

Sementara itu, menurut adik Putra, Shakila Desmond mengesyaki perbuatan tersebut dilakukan oleh jiran mereka yang bermasalah. Malah dia turut mendakwa bahawa jiran mereka itu pernah melemaskan seekor anak kucing dalam tong sampah berisi air. 

"Orangnya waras, ada anak isteri, tetapi masing-masing suka menyeksa binatang" tambahnya lagi. Menurut Shakila dan Desmond, mereka tidak tahu kepada siapa mereka mahu melaporkan kejadian tersebut. 

Mereka juga turut bimbang dengan tiga ekor anak kucing yang masih hidup bakal menjadi mangsa seterusnya. Ekoran itu, mereka telah membuat keputusan untuk menghantar anak kucing tersebut ke rumah ibu mereka. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.