Header Ads

"Dahlah Calar Kereta Saya Lepas Tu Kata Saya Perempuan Bodoh"




Kecoh di media sosial apabila rakaman video dua orang lelaki bergaduh dengan beberapa penduduk di kawasan Flat Seri Perak apabila kereta yang mereka naiki telah bergesel dengan beberapa buah kereta yang diletakkan di tepi jalan. 

Mangsa Erziati Erni yang memuat naik video tersebut memaparkan dua lelaki yang dipercayai bukan penduduk perumahan tersebut dikatakan sedang mabuk dan bergaduh dengan abang ipar mangsa dan penduduk sekitar yang cuba menghalangnya dari membuat kecoh. 


Tambah Erziati lagi, pemandu kereta jenis pacuan empat roda itu dikatakan telah mencalarkan keretanya. Pada awalnya dia hanya mendiamkan dirinya namun terpaksa mempertahankan dirinya apabila dua lelaki tersebut memaki hamun dan mengatakan dia perempuan bodoh. 


Mendengar kata-kata Erziati, lelaki itu mula rasa tercabar sebelum pemandu kereta itu keluar dan mula memprovok dan mengugut mangsa untuk viralkan muka dan nombor keretanya.

Bagaimanapun, abang iparnya turun untuk membantu menyelesaikan masalah yang timbul. Malangnya berlaku sedikit pergaduhan sebelum berjaya dileraikan oleh orang ramai. 


Sebelum pergaduhan berjaya dileraikan, rakan pemandu tersebut mengambil alat pemadam api dan menyembur pada orang ramai sebelum memecut meninggalkan mereka semua. Susulan kejadian itu, Erziati telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.



No comments

Powered by Blogger.