Header Ads

"Dah Takde Tatu Lain Ke Bodoh?" - Netizen Kecam Video Lelaki Bertatu Kalimah Allah Di Kaki




Sejak kebelakangan ini ada segelintir pihak yang  sering mencari peluang untuk menghina agama Islam. Ada yang secara terang terangan menghina Islam namun kali ini ianya mungkin tidak boleh dihadam fikiran. 

Satu video yang dimuat naik oleh Shamsul Kamal melalui media sosial menjadi viral. Ini kerana video yang dimuat naik memaparkan seorang lelaki dengan tatu kalimah Allah di kakinya. Video tersebut didakwa terjadi di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. 

Dalam rakaman berdurasi 10 saat tersebut, seorang lelaki dilihat memakai baju berwarna putih, topi dan seluar pendek.


Tengok pula di betisnya. Cacahan tatu yang bertulisan kalimah Allah! Ini sudah melampau sampai nama Tuhan pula dipermain-mainkan.

Tidak dapat dipastikan lelaki berkenaan berbangsa apa, tapi yang penting ia seolah-olah sengaja dilakukan untuk menimbulkan provokasi.

Dari gayanya, lelaki tersebut nampaknya langsung tidak berasa bersalah. Selamba berjalan dan memakai seluar pendek, sudah pasti dia tidak kisah jika orang lain nampak tatu tersebut bukan?

Netizen yang melihat video ini masing-masing marah dan kebanyakannya mempertikaikan tindakan lelaki tersebut. Setakat ini masih tiada penjelasan tentang identiti lelaki berkenaan. Kalau begini gayanya nak buat macam mana lagi agaknya? Nak kita berfikiran positif lagi ke kalau terang-terangan ianya menghina Islam. 



FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.