Header Ads

Wanita Maut Terjatuh Dari Tingkat Tiga Stesen Monorel Imbi




Seorang wanita berbangsa Vietnam dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat tiga stesen tren monorail pada petang kelmarin.

Memetik laporan Oriental Daily News, kejadian tersebut berlaku di stesen tren monorail Imbi yang terletak di hadapan pusat membeli belah terkemuka Kuala Lumpur, Berjaya Times Square.

Menurut saksi yang ketika kejadian sedang berada di bawah jambatan tren monorail tersebut, tiba-tiba dia terdengar bunyi dentuman kuat dan terkejut mendapati seorang wanita terbaring di belakangnya. 


Tambahnya, ketika kejadian dia tidak mendengar sebarang pergaduhan, jadi kemungkinan besar wanita itu bukan ditolak dari atas. Ada saksi yang berkata mangsa terjatuh akibat hilang keseimbangan kerana ketika itu dikatakan dia sedang duduk di atas penghadang sambil main telefon bimbit.

Kepala wanita berkenaan mengalami kecederaan teruk dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebaik sahaja ambulan tiba. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.