Header Ads

Viral Dua Pemuda Marah Penunggang Motosikal Langgar Cermin Sisi, Lelaki Tampil Jelas Cerita Sebenar




Bagi penunggang motosikal kadang-kadang apabila mencelah di antara kereta pasti ada yang terlanggar cermin sisi kereta. Paling teruk kalau kereta dilanggar adalah kereta mewah. Sudah tentu pening nak bayar. 

Viral di media sosial apabila gambar dua lelaki yang didakwa memarahi penunggang motosikal yang katanya telah melanggar cermin sisi kereta mereka. Seorang pengguna Facebook bernama Mimi Baizura memuat naik kisah tersebut namun tidak menyatakan lokasi dan masa kejadian. 

Menerusi status tersebut, Mimi percaya penunggang motosikal itu tidak sengaja melanggar cermin sisi kereta dua lelaki terbabit. Berikut adalah perkongsian penuh dari wanita tersebut. 


Rata-rata netizen yang membaca kisah tersebut amat marah dengan tindakan dua pemuda tersebut yang tidak mahu bertolak ansur. Namun, seorang individu telah tampil menjelaskan keadaan sebenar setelah pemuda tersebut dikecam teruk oleh netizen. 


Individi yang menggunakan nama Faizal Danial tampil memberi penjelasan agar netizen tidak terus mengecam pemilik kereta Ford berkenaan. 

Akaun Facebook milik Mimi Baizura juga tidak ditemui selepas individu tersebut menjelaskan keadaan. Semoga kes ini dapat diselesaikan secara baik dan berhemah. 



No comments

Powered by Blogger.