Header Ads

Tragis! Budak Enam Tahun Ditinggal Sendirian Maut Jatuh Dari Tingkat 13




Gara-gara ditinggalkan berseorangan di rumah, seorang budak lelaki berusia enam tahun terjatuh dari tingkat 13 rumahnya.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku di Blok 45 Menara Orkid, Sentul itu menyebabkan Muhammad Amrin Su Syuqron Ngah Mohd Suhaimi maut akibat kecederaan parah di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintendan Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata, anggota polis bergegas ke sana sebelum menemui mangsa di laluan pejalan kaki di hadapan blok berkenaan.


"Ketika kejadian, mangsa yang juga anak bongsu daripada tiga beradik tinggal berseorangan di rumah berikutan dua adik beradiknya masih di sekolah.

"Bapanya didapati baru keluar rumah pada 3 petang manakala ibunya berniaga pisang goreng di hadapan menara itu," katanya.

Kematian mangsa disahkan oleh seorang petugas ambulans Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Forensik HKL untuk dibedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan kami ingin menasihati ibu bapa agar tidak meninggalkan anak - anak kecil bersendirian di rumah bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku," tambahnya.

Kes disiasat di bawah Sek 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 sekiranya ada unsur kecuaian ibu bapa atau penjaga. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBAE


No comments

Powered by Blogger.