Header Ads

Tiz Zaqyah Dengan Jejaka Kacak Bernama Kudin.




Baru-baru ini,Tiz Zaqyah tiada niat untuk bersembunyi sebaliknya dia segan untuk bertemu dengan orang ramai ketika menonton wayang bersama-sama seorang jejaka kacak.Dia juga mengakui penampilannya sangat ringkas selain tidak berhias diri.

"TAK! Saya bukan menyorok.Saya cuma segan sebab ramai sangat orang.Dah lah saya selebet,tak pakai apa-apa (ketawa).

"Lelaki tu kawan saya,nama dia kudin.Hari tu,member yang lain semua dah masuk dulu (menonton wayang),kami pula lambat (ketawa),"katanya pada Media Hiburan.

Kebetulan,di lokasi sama,berlangsungnya Malam Gala Tayangan Filem Abang Long Fadil 2.Tiz Zaqyah dilaporkan menekup mulutnya dan menundukkan kepala semasa menaiki tangga menuju pawagam untuk menonton wayang di Pavilion.

"Sebenarnya,saya tak tahu pula ada event di sana.Sebab itu,saya terkejut bila lihat ramai sangat orang di sana."

"kiranya,saya tak kena waktulah.Saya sedar ramai yang perasan,dan kami pun dah agak mesti cerita itu akan keluar (ketawa)"katanya.

Dalam perkembangan lain juga,Tiz Zaqyah akan menampilkan menerusi filem romantik,Kolestrol VS Cinta bergandingan dengan Kamal Adli di pawagam bermula 14 September ini.Pada masa yang sama,Dia juga mengakui tiada lelaki istimewa yang bertakhta di hatinya lagi.



"Saya tak ada teman lelaki lagi.Lagipun,tak ada yang nak.Saya dah tua(ketawa).

"Awak (wartawan) carikanlah calon.Kalau ada,saya nak yang warak (ketawa),"katanya.




Sumber : Media Hiburan.



FACEBOOK HERBAL RIMBA




No comments

Powered by Blogger.