Header Ads

Suspek Bakar Pusat Tahfiz 'Kembali' Ke Lokasi Kejadian Untuk Buat Lakonan Semula



Insiden kebakaran Pusat Darul Ittifaqiyah banyak mengejutkan semua pihak apabila sekumpulan remaja bertindak membakar pusat tahfiz berkenaan atas alasan dendam sehingga mengorbankan 23 nyawa. 

Pihak polis hari ini telah membawa lebih daripada seorang suspek untuk membuat lakonan semula di lokasi kejadian. 

Polis mula mengarahkan orang ramai yang berada di sekitar kawasan tersebut untuk mengosongkan kawasan kejadian tanpa menyatakan tempoh larangan dibuat. 

Pita kuning polis diletakkan pintu masuk ke kawasan tasik, bahagian belakang pusat tahfiz serta masjid bersebelahan. Lebih 20 anggota polis membawa suspek kejadian dan membuat lakonan semula di beberapa lokasi kejadian. 


Sementara itu, kertas siasatan telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api. 

Ketujuh-tujuh suspek berusia 11 hingga 18 tahun itu bakal berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala bagi Seksyen 435 Kanun Keseksaan mereka boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan denda.

Namun, suspek yang dibawah umur 18 tahun tidak boleh dihukum mati jika sabit kesalahan kerana bercanggah dengan Seksyen 97 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.



No comments

Powered by Blogger.