Header Ads

Suami Lebihkan Main Game Sampai Malam Jumaat Pun Isteri Tak Dapat 'Main'




Lumrah bagi segelintir lelaki yang meminati permainan video tak kiralah sama ada konsol, pc ataupun telefon. Ianya merupakan satu jenis 'tempat' untuk para lelaki melepaskan tekanan kerja ataupun belajar. Namun sering kali terbaca apabila 'suami gamers' ini melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa.

Apa yang wanita ini luahkan di laman Kisah Rumah Tangga ini mungkin dapat dikaitkan dengan ramai pasangan suami isteri di luar sana. Sama-sama ambil iktibar kisah ini. 

'Sebelum Kahwin Semua Indah'

hai admin & warga KRT...aku nak cakap sikit pasal "suami gamers"..sebenarnya main game tak salah tapi kalau game tu yang jadikan suami lalai..itu yang salah..

Dari sebelum kahwin memang aku tahu suami aku kaki game..waktu puncak untuk gamers ni adalah waktu malam..aku dah biasa dah kena tipu dulu masa jadi gf dia..

konon je cakap penat kerja nak tidur awal..aku iye kan aje walaupon hakikatnya aku tahu dia bukan nak tidur pun..dia nak main game..haha..orang main game online ni satu je kena tahu..dorang kena focus tak boleh main sambil2 balas text.

Kalau dorang text "hi?buatpe?" dekat kau tu maksudnya heroes dia dah mati..time tu la baru dia nak cari gf dia..tapi takpe..aku tak kisah..aku pun jenis gf yang tak suka bf nak text aku 24 jam..aku jadi rimas. 

Aku suka ada masa aku sendiri dengan kawan atau dengan family. Dia sepatut bertuah dapat gf macam aku yang memahami hobi dia..tak pernah sekalipun fitnah dia ada perempuan lain bila tak balas whatsapp..sebab kita faham dia main game.

'Lepas Kahwin Baru Nampak'

Itu cerita belum kahwin kan? ok ini cerita lepas kahwin..mulanya memang semua ok sampai lah satu tahap aku rasa pissed off sangat...dulu boleh la memahami sebab tak duduk sebumbung nampak yang manis aje..ini dah duduk sebumbung hari2 ada depan mata baru nampak pahitnya...kisahnya bermula pada satu malam jumaat beb.

Aku tunggu sampai pukul 12 tengah malam mengharap suami aku naik ke katil..aku jenguk dia masih sebuk bergaming lagi..aku memang badmood lah sampai bawa ke esok badmood aku tak hilang2..tak dapat punya pasal..haha.

Aku mula perhati satu persatu kebajikan apa yang dia buat dekat rumah tangga ni?? kerja rumah semua aku buat , jaga anak, memasak, mencuci, sampai mengemas semua aku buat..aku penat.

Aku ingat malam adalah tempat untuk aku bermesra dengan suami lepas seharian berpenat..aku dah la kerja untuk ringankan beban rumah tangga dan aku jugak la yang galas tanggungjawab uruskan rumah..nak bermanja tapi dia lebihkan game pulak.

Mula dari situ aku rasa macam terpinggir..kalau aku jahat aku boleh je keluar minum2 jumpa kawan aku...tapi aku tak buat..sebab aku ada baby...aku lah yang jaga baby dan akhirnya tidur sendirian..sedar2 lewat pagi ada makhluk yang peluk dari belakang tapi aku rasa hati aku dah start jadi jauh.


'Suami Mula Berubah'

Sampai la satu saat aku rasa hidup aku takde makna...yang dulu masa couple ingatkan game bukan satu masalah besar..lepas dah kahwin baru aku faham kesan game ni kepada rumah tangga..aku jadi pemarah..aku start tak hormat suami aku..aku jadi kurang ajar.

Semuanya berpunca sebab aku rasa aku penat buat semua..lepastu aku rasa terabai..memang aku benci la tengok set pc dia tu rasa nak hempuk je pakai tukul besi..aku jealous..dah macam madu aku pulak game ni..hehe.

Satu hari tu aku tak dapat tahan amarah aku..selisih faham pasal benda kecil je pun..tapi aku meradang sampai hempas2 barang...dia cakap aku bukan macam ni..kenapa aku jadi macam ni..aku menangis sekuatnya dalam pelukan dia..aku luahkan segala apa yang terbuku dalam hati.

Dengan sedu sedan aku cakap a-z...sejak dari tu suami aku sedar kerana game la boleh hilangnya kerukunan dalam rumah tangga, boleh hilangnya taat dan hormat sang isteri kepada suami, paling dia takut hilangnya rasa sayang isteri kepada suami.

Sebab aku cakap aku dah mula tawar hati..hidup aku lebih bahagia sebelum kahwin..lepas kahwin aku penat & banyak makan hati..suami aku nangis beb..merayu2 cakap jangan sampai hilang rasa cinta tu..sebab "cinta" tu mahal nak banding dengan game.

Game boleh beli tapi hati tak boleh beli...sejak dari tu aku happy sebab kerja rumah dah bahagi dua...kerja aku cuma uruskan dapur, masak & jaga anak. Kerja laki aku kemas rumah & mencuci baju siap pakej basuh ,sidai, angkat, lipat tau..kikiki..sejak dari tu sebelum dia nak main game dota dia..dia kasi game dulu bini dia lepastu nak main game sampai subuh ke lantak pi la.

Janji bini tidur banyak sinyum.....ok lah tu je nak share..ingat ye pada gf gf gamers ini adalah kisah benar..khayalan tak seindah realiti..duduk bersama dulu baru tahu langit tinggi rendah sebab aku adalah

Antara gf gf yang dahulunye pernah komen macam ni "ala rileks la bila bf tak balas text, main game je pun bukan main perempuan" sekarang dah kahwin meroyan aku..nasib la kisah hidup aku ni ada penyelesaiannya.

Semuanya terletak pada suami juga..kalau dia masih sayang..dia akan berubah sepenuhnya macam suami aku..kalau dia tak berubah doa2 lah suami awak2 dilembutkan hati olehNYA..sekian. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.