Header Ads

Pondok Pak Ya Dan 5 Kebakaran Libatkan Maahad Tahfiz Dan Sekolah Pondok Yang Gemparkan Negara



Media sosial hari ini dibanjiri dengan ucapan takziah susulan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang meragut hampir 25 nyawa.

Netizen menggunakan media sosial untuk melahirkan rasa sebak dan kecewa di atas insiden tersebut. Masing-masing mempersoalkan tahap keselamatan pusat-pusat tahfiz memandangkan kebakaran melibatkan  pusat tahfiz ini bukanlah kali pertama berlaku.

Malah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pusat tahfiz berkenaan hanya mempunyai satu laluan keluar masuk menuju ke tingkat atas.

Kejadian kebakaran tersebut ibarat mengulangi tragedi yang pernah berlaku hampir tiga dekad lalu di Yan Kedah. 

Tragedi 22 September 1989 itu telah meragut nyawa 27 pelajar Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya selepas asrama menempatkan pelajar terbakar.

Ianya berpunca dari lilin di ruang bilik asrama yang terjatuh sehingga berlakunya kebakaran. Akibat itu, lapan blok asrama yang dibina daripada papan habis musnah dijilat api.

Kesemua 27 mangsa dikebumikan di satu perkuburan khas '27 Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya' dan kisah tersebut pernah dijadikan sebuah drama berjudul 'Pondok Pak Ya'.

15 Jun 2013

Seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Baraqah di Tikam Batu, Sungai Petani rentung selepas terperangkap dalam kebakaran asrama maahad berkenaan.

8 Ogos 2015

Seramai 25 pelajar Sekolah Maahad Tahfiz Jamiul Hasanah di Tanjung Karang, Selangor tinggal sehelai sepinggang selepas bangunan dua tingkat menempatkan asrama dan sekolah terbakar, dipercayai akibat litar pintas.

18 Januari 2016


  
Sebuah asrama sekolah pondok Madrasah Tahfiz Al-Redzuan di Kampung Dato Haji Ahmad Rozali, Dengkil, Sepang, musnah dalam kebakaran.

14 Februari 2016

Dua blok bangunan asrama Sekolah Menengah Agama (SMA) As-Siddiqiah, Padang Kerasah, Kuala Nerang, Kedah musnah dalam kebakaran dengan nilai kerugian dianggar mencecah RM1 juta.

4 Mac 2016


Dua bangunan menempatkan sebuah pusat tahfiz musnah dalam kebakaran di Kampung Seri Pandan, Petagas, Penampang, Sabah. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.