Header Ads

Pasangan Kekasih Kemaruk iPhone 7 Sampai Sanggup Mencuri




Bagi segelintir orang terutamanya yang remaja memiliki telefon berjenama merupakan satu identiti seolah-olah diri itu kaya. Jadi tak hairanlah mengapa ada yang sanggup berhabisan kerana ingin memiliki gajet tersebut. 

Baru-baru ini, viral di media sosial rakaman video CCTV sepasang kekasih muda mencuri iPhone 7 di salah sebuah kedai alat telekomunikasi di Johor Bahru. 

Menerut individu yang memuat naik video tersebut, Dewi Siti Nuraisyah, kejadian tersebut berlaku di Jusco Tebrau malah kedai telefon tersebut baru sahaja dibuka dan pekerja kedai tersebut sedang sibuk melayan pelanggan. 

"Mereka datang tak tanya apa-apa. Kebetulan tiga orang kakitangan sedang sibuk, manakala dua lagi kakitangan keluar. 

"Di dalam kesempatan itu, lelaki terbabit melakukan kerja-kerja yang tidak bertanggungjawab itu,


Bertambah malang lagi apabila laci pameran tersebut rosak dan ini memudahkan lagi suspek lelaki tersebut mencuri telefon berkenaan. 

Video berdurasi 1 minit 13 saat itu jelas memaparkan pasangan tersebut masuk ke kedai berkenaan dan berpura-pura menunggu giliran mereka untuk dilayan oleh pekerja kedai tersebut. 

Ketika pekerja kedai tengah sibuk melayani pelanggan lain, lelaki tersebut membuka laci pameran tersebut sehinggalah berjaya mengambil telefon berkenaan yang disembunyikan dalam bajunya sebelum beredar bersama kekasihnya. 


Dewi dalam statusnya di Facebook meminta orang ramai untuk berkongsi video berkenaan supaya pasangan tersebut berjaya ditahan oleh pihak polis. Malah Dewi juga akan memberi ganjaran kepada mana-mana orang ramai yang berjaya menemui pasangan tersebut. 



No comments

Powered by Blogger.