Header Ads

Macam Bidadari - Peminat Puji Usaha Zahida Rafik Bertudung.




Sempena kedatangan tahun baru hijrah Jumaat lalu, pelakon Zahida Rafik mengambil berkat untuk mengenakan imej sopan dan bertudung.Menerusi kemas kini akaun Instagramnya, pelakon filem Mami Jarum itu telah memuatnaik sekeping gambar bersama ibunya dua hari lalu.

Tulis Zahida bersama emoji senyum: "Selamat Tahun Baru 1439 Hijriah Buat Semua."
Difahamkan, Zahida mengenakan tudung sempena majlis doa selamat yang diadakan bersama keluarga di kediamannya.Usaha Zahida menarik perhatian peminat dan rata-rata memuji serta mendoakan agar Zahida kekal berhijab.





"Cantik sangat macam bidadari walau tak berhias cantik," tulis salah seorang peminatnya.

"Allah cantik manisnya Zahida berhijab," tulis @ratnawati.nawawi.

"Bertudung lagi cun," tulis @kimykhomeini.

Zahida kini aktif dalam aktiviti kesihatan di gimnasium dan sering menghadiri acara fesyen di ibukota.

Namun, sebagai tanda menghormati tarikh penting dalam kalendar Islam dan menghadiri majlis keagamaan, Zahida akan mengenakan tudung.

Populariti Zahida terbukti menerusi bakat lakonannya dalam filem pecah panggung seperti Senario, Mami Jarum Junior dan Kuliah Cinta.



Sumber : Astro Gempak.



FACEBOOK HERBAL RIMBA







No comments

Powered by Blogger.