Header Ads

Kuih Terlajak Laris Punca Warga Bangladesh Dibunuh Dan Ditetak Di Shah Alam




Hanya kerana kuih, seorang lelaki warga Bangladesh maut dibunuh oleh dua rakan sekerjanya. Mangsa berusia 30an diminta ke rumah rakannya itu di Taman Megah Shah Alam untuk berbincang mengenai hutangnya sebelum dipukul dengan tukul besi sehingga mati. 

Lebih sadis, anggota tubuh badannya turut dikerat dipercayai untuk memudahkan suspek menghapuskan bukti. 

Kisah pembunuhan tersebut terbongkar apabila majikan mangsa membuat satu laporan polis sejak hari Khamis lalu. Ketika itu, majikan tersebut turut membawa suspek yang membunuh mangsa. 

“Hasil siasatan yang dijalankan kemudian mendedahkan salah seorang suspek telah mengaku membunuh mangsa di sebuah flat di Taman Megah, Shah Alam, Khamis lalu.


“Kemudian, dengan bantuan seorang lagi suspek, mayat mangsa telah dibawa ke lokasi sebelum dibuang di longkang,” kata Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Shafien Mamat. 

Tambah beliau lagi, motif kejadian dipercayai kerana suspek cemburu dan sakit hati dengan hasil jualan perniagaan kuih lebih laris. 

Pihak polis juga sedang menjalankan pemeriksaan di flat tempat dimana suspek dibunuh untuk mencari bahan bukti dan senjata yang digunakan. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.