Header Ads

Johan Tidak Puas Hati Filem #TerobekRaya Telah Bocor Di Facebook.





Baru-baru ini baru heboh tentang cerita filem Abang Long Fadil 2 bocor di youtube,sekarang giliran filem televisyen sulung Johan, #TerobekRaya pula mengalami nasib serupa di platform Facebook.

Johan sebagai penerbit filemnya sendiri meluahkan rasa sangat kekecewaan yang menyifatkan tindakan itu tidak bertanggungjawab.Johan memberi amaran kepada individu yang berkenaan "Jika individu tersebut enggan memadamkan atau masih ada yang berkongsi filem #TerobekRaya di media sosial lagi selepas ini, syarikat saya dan Astro tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-udang.

"Saya melihat isu ini sebagai satu cabaran dalam era teknologi serba canggih ini namun ia tidak sesekali menjatuhkan semangat saya untuk terus berkarya selepas ini,"katanya memetik laporan akhbar Inggeris, New Straits Times.

#TerobekRaya merupakan buah tangan pertama syarikat milik Johan dan isterinya, Ozlynn Wati, JWH Production.

Filem televisyen itu menampilkan barisan artis hebat antaranya Zizan Nin, Azhan Rani, Marsha Milan, Sherry Al Hadad, Tauke, Achey dan Ani Mayuni.

sumber ; astro awani



No comments

Powered by Blogger.