Header Ads

Jiran Sibuk Rakam Kejadian Budak 4 Tahun Maut Dibaham Anjing Liar




Sungguh tak berhati perut! Di kala seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun menggelupur meminta bantuan ketika diserang anjing liar, jiran yang menjadi saksi teruja merakamkan video kejadian tanpa cuba membantunya. 

Memetik Hindustan Times, kejadian berlaku di Guntur, selatan India, ketika mangsa sedang bermain bersama kakak dan kanak-kanak lain sementara ibu bapa mereka bekerja.

Presiden Pertubuhan Hak Asasi Kanak-kanak Achyuta Rao berkata, sekumpulan anjing liar menyerangnya sebaik sahaja kanak-kanak itu keluar dari bangunan di mana mereka bermain.

“Mereka menyerangnya di leher, perut dan muka. Namun, beberapa penduduk setempat yang menyedari kejadian itu hanya memerhati dan merakamkan video kejadian tanpa sedikitpun cuba membantu,” katanya.

Orang ramai kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa mangsa, tetapi semuanya sudah terlambat apabila doktor mengesahkan dia sudah tidak bernyawa ketika dibawa ke hospital.

Media tempatan melaporkan, ibu mangsa membuat aduan mengenai masalah anjing liar di kawasan itu kepada Majlis Perbandaran Guntur seminggu sebelum kejadian, namun tidak diendahkan. “Anak saya takkan mati kalau mereka ambil tindakan!” katanya. 



No comments

Powered by Blogger.