Header Ads

'Ini Soal Suci Dan Bersih' - Ini Penjelasan Dari Mufti Johor Isu Dobi Layan Diri Untuk Orang Islam Sahaja




Baru-baru ini, viral di media sosial beberapa kedai dobi layan diri yang hanya membenarkan pelanggan beragama Islam menggunakan perkhidmatan tersebut. 

Ianya mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak malah ada segelintir netizen marah dengan perkara tersebut. 

Sebuah status yang dimuat naik telah mendapat perhatian netizen yang memaparkan dobi tersebut hanya untuk pelanggan beragama Islam sahaja. Namun selepas kedai tersebut menjadi viral ianya telah ditukar kepada 'Mesra Muslim' atas faktor kesucian. 

Kedai dobi yang dipercayai terletak di Muar, Johor telah beroperasi selama setahun dan sebelum ini tiada papan tanda diletakkan namun untuk sebulan yang lalu pemilik telah meletakkan tanda 'Untuk Pelanggan Islam Sahaja'. 

Segelintir netizen berpendapat ianya mendiskriminasi terhadap pelanggan yang bukan beragama Islam. Namun ada juga segelintir netizen meluahkan ianya hanya kerana pelanggan beragama Islam ingin menjaga kebersihan dan kesucian pakaian mereka kerana ianya berkaitan dengan soal solat.


Namun memetik laporan Harian Metro, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut ketika mengulas perkara tersebut berkata setiap individu Muslim dan bukan Muslim harus memastikan pakaian dihantar untuk dicuci di kedai dobi layan diri hendaklah dalam keadaan bersih dari najis berat. 

Sementara itu, Mufti Negeri Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata, isu berkenaan tidak sepatutnya menimbulkan persepsi buruk dalam kalangan bukan Muslim memandangkan perkara berkaitan kebersihan menjadi keutamaan kepada umat Islam.

“Sebab itu mesti dibersihkan dulu (pakaian hendak dicuci) dan baru masuk dalam mesin basuh, ini penting,” katanya memperincikan mengenai konsep pembersihan najis yang perlu dibersihkan pada pakaian sebelum dicuci menggunakan mesin basuh.

Katanya, ketika ini mesin dobi layan diri ada yang patuh syariah bahkan air digunakan mengalir.

“Sebaliknya apa yang menjadi masalah sekiranya air berkenaan tidak mengalir, tapi peringkat awal bercantum dengan air bernajis.

“Dalam isu ini, kedua-dua pihak sama ada Muslim atau bukan Muslim perlu pastikan najis terdapat pada pakaian dibersihkan terlebih dulu,” katanya. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.