Header Ads

Enam Penunggang Motosikal 'Rebah" Di Terowong Genting Sempah




Rakaman CCTV enam motosikal yang sedang berkonvoi terbabit dalam kemalangan dalam Terowong Genting Sempah petang kelmarin menjadi viral di media sosial sejak semalam. 

Kejadian bermula apabila dua motosikal dilihat bergesel sesama sendiri sebelum jatuh di laluan kanan. 

Menerusi video tersebut, sebuah motosikal berada di garisan tengah dilihat cuba memotong dua kereta apabila bergesel dengan sebuah lagi motosikal.


Pergeselan itu menyebabkan kereta di lorong kanan tidak sempat mengelak dan melanggar salah satu motosikal yang terjatuh ke bahu jalan. 

Tiga motosikal dari arah belakang tidak sempat untuk mengelak dan merempuh sebuah motosikal yang jatuh di tengah jalan. 

Susulan kejadian tersebut, seorang mangsa telah cedera ringan dan di beri rawatan awal di lokasi  dan pihak polis sedang siasatan lanjut sedang dilakukan. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.