Header Ads

"Dia Kurang Faham Acara Majlis Mungkin" - Zizan Razak Tampil Jelaskan Isu Pakai Kaca Mata Hitam Dan Gurauan Kasar




Festival Filem Malaysia (FFM29) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah melabuhkan tirainya semalam. Majlis berprestij itu dihoskan oleh pelakon dan pelawak popular iaitu Zizan Razak. 

Namun, seperti biasa mungkin ada segelintir pihak tidak boleh menerima cara atau lawak-lawak yang dibuat oleh Zizan dan menganggap lawak tersebut agak 'kasar'. 

Afdlin Shauki telah memuat naik gambar berserta kapsyen yang dilihat seperti memerli Zizan. Mungkin ianya satu gurauan ataupun teguran 'orang lama' kepada pengacara baru. Namun Zizan dalam satu laporan Astro Gempak telah menjelaskan perkara tersebut. 

“Kini, semuanya berlaku dengan begitu pantas. Orang terus memberikan respon. Apa yang ingin saya lakukan, saya mahu memandang perkara yang baik dan kritikan membina. Perkara negatif, saya tak mahu fikirkan.


“Saya tak rasa gurauan saya keterlaluan. Jika benar gurauan saya atas pentas FFM29 melampau, pastinya pihak produksi sudah menegur saya.

“Selagi tiada teguran dari pihak produksi, saya rasakan semuanya baik-baik sahaja,”

"Mungkin dia tak faham dan kurang pasti mengenai perjalanan acara tersebut. Saya hanya memakai cermin mata hitam pada segmen pertama. Saya hanya pakai dalam satu segmen sahaja."

"Saya pakai cermin mata hitam pun kerana saya terus membuka majlis selepas selesai membuat persembahan pembukaan FFM29. Tidak mengapa, mungkin dia tidak tahu."

"Apa-apapun, saya hormat Afdlin sebagai seorang sifu saya dalam bidang hiburan."

Semoga kedua-dua pihak dapat berdamai dan ini mungkin satu gurauan. Masing-masing juga pernah berkawan baik kan? - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.