Header Ads

Datuk Seri Vida Bertemu Waris Keluarga Mangsa Tragedi Pusat Tahfiz.




Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) mengatur pertemuan untuk bertemu keluarga mangsa tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah selepas mendengar rungutan waris yang terasa seperti diabaikan.

DSV atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman pernah melalui pengalaman pahit kehilangan dua anaknya dalam kebakaran di kediamannya di Ipoh, menyebabkan beliau dapat merasakan keperitan dilalui keluarga mangsa.




"InsyaAllah saya akan jumpa mereka di Surau Ittifaqiyah malam ini, sekembalinya saya dari urusan perniagaan di Tawau, Sabah.

"Saya dengar banyak rungutan daripada waris pelajar yang maut. Mereka dakwa seolah-olah diabaikan," katanya kepada mStar Online.

Malah,pegasas produk kecantikan Qu Puteh itu turut berhasrat membawa 18 pelajar dan kakitangan pusat tahfiz tersebut untuk menunaikan ibadah umrah dalam tempoh terdekat.Semasa pertemuan itu,beliau meminta pengetuanya,Mohd Zahid Mahmood untuk menghubungi waris pelajar yang terkorban.

"Saya telah berhubung dengan ustaz dan minta dia aturkan pertemuan itu. Sekurang-kurangnya kita dapat dengar luahan hati mereka dan memulihkan hubungan antara kedua-dua pihak," katanya.


Baru-baru ini, satu portal berita tempatan melaporkan lebih 10 keluarga mangsa berkumpul bagi menuntut keadilan selepas seminggu tragedi kebakaran pusat tahfiz itu.

Pentadbir pusat tahfiz didakwa tidak memaklumkan kepada mereka mengenai aspek keselamatan bangunan itu seperti yang didedahkan pihak berkuasa.

Sumber : mStar Online.



FACEBOOK HERBAL RIMBA




No comments

Powered by Blogger.