Header Ads

Alfatihah, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mangkat




Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat pada usia 89 tahun. Baginda disahkan mangkat pada pukul 2.30 petang, Isnin.

Pemerintah Kedah mencipta sejarah apabila Baginda ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Agong buat kali kedua pada tahun 2012, kali pertama adalah pada tahun 1970.

Tuanku Abdul Halim menamatkan tempoh pemerintahannya sebagai Yang Dipertuan Agong ke 14 pada Disember tahun lalu dan digantikan oleh pemerintah Kelantan, Sultan Muhammad V.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dilaporkan akan mengadakan satu sidang akhbar mengenainya di Wisma Darul Aman petang ini.

Menurut laporan berkenaan, sehingga kini belum terdapat sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak. - www.kakishare.tv


No comments

Powered by Blogger.