Header Ads

Air Laut Bahamas Tiba-Tiba Hilang Selepas Taufan Irma Gemparkan Netizen




Baru-baru ini, Taufan Irma yang melanda kepulauan Caribbean dan kini menghala ke Florida telah mencemaskan ramai orang. Taufan Irma yang membawa angin berkelajuan lebih 320km/sejam pada Jumaat lalu menyebabkan telah berlaku satu fenomena luar biasa di Bahamas. 

Seorang pengguna Twitter @Kaydi_K sempat merakam kejadian tersebut dan memuat naik video tersebut melalui akaun Twitternya. Rakaman tersebut menjadi viral di kalangan netizen dan pengguna media sosial. 

"Saya tidak percaya sekarang, Ini adalah Long Island, Bahamas dan air laut telah hilang!" 

Rakaman berdurasi dua minit itu memaparkan dia sedang berjalan di atas laut yang telah kering dan hanya dilitupi pasir dan lumpur. 


Namun, seorang lagi pengguna Twitter @deejayeasya menghantar satu gambar yang berbeza apabila menunjukkan pantai di Bahamas kembali seperti biasa kurang dari tempoh 24 jam. 

Agensi Perkhidmatan Cuaca Terp dalam penjelasan terbaru memberitahu angin kencang dari Taufan Irma menyebabkan laut tersebut ditarik dari teluk tersebut. 

"Angin kencang yang dibawa taufan Kategori 5 itu telah 'menyedut' air dari teluk cetek hingga menghasilkan kesan seperti sebelum tsunami," ujar agensi itu lagi. 


FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.