Header Ads

10 Gambar Sekitar Persandingan Norman Hakim,Abby Abadi.




SHAH ALAM: Mungkin jarang-jarang dibuat orang tapi itulah realitinya apabila Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi membuat keputusan untuk bertemu di pentas persandingan bersama pasangan masing-masing.





Persandingan kali kedua ini bagi meraikan ulang tahun keenam perkahwinan Norman dan Memey Suhaiza yang disambut pada Ahad baru-baru ini.




Persandingan itu menjadi satu contoh apabila Norman dan Abby yang pernah bermusuh sebelum ini akhirnya berjaya merapatkan semula silaturahim itu seterusnya memberi panduan yang baik kepada masyarakat.





"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk merealisasikan impian kami dapat berkumpul sebagai keluarga besar.

"Biarpun terdahulu hubungan kami pernah melalui fasa kontroversi, namun hubungan persahabatan antara saya, Memey, Abby dan Jaiezzany tetap baik dan dijadikan sebagai inspirasi kepada semua," kata Norman kepada mStar Online.





Dua pasangan mempelai ini diraikan pada majlis bertemakan Islamik Vintage yang turut disertai anak-anak mereka.Persandingan itu juga merupakan sebahagian daripada gimik pelantikan Norman dan Memey sebagai duta syarikat katering acara perkahwinan, Mahligai Impian.


Sumber : Photo sweet picture,Norman Hakim,Memey,Abby Abadi.


FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.